Bukan cinta biasa dihidangkan dengan bahasa yang santai dan biasa-biasa. Ceritanya bergerak mengikut 'flow' dari satu episode ke satu episode.
Cerita yang dipaparkan juga sudah biasa kita baca dalam novel-novel lain. Bagaimanapun plot ceritanya agak menarik dengan konflik cinta Anuar-Shahira, Azlisyam-Shahira dan Iskandar-Shahira. Klise bukan, seorang gadis diminati ramai jejaka, tanpa menyebut nama-nama lain yang turut menagih cintanya.
Gaya penulisan novel ini walaupun biasa tapi memancing rasa untuk terus membaca dan meneka penghujung cerita. Punya daya humor dan mampu memancing simpati.
Secara keseluruhan aku rasa aku menyukai novel ini dan menyukai watak Azlisyam dan Shahira yang diprojek dalam novel ini. Aku sebenarnya meramal dan lebih suka Shahira bersama Iskandar ;-). Namun ramalan ku itu tidak menjadi. Bagiku ini adalah satu contoh yang 'real', kera
Bukan cinta biasa dihidangkan dengan bahasa yang santai dan biasa-biasa. Ceritanya bergerak mengikut 'flow' dari satu episode ke satu episode.
Cerita yang dipaparkan juga sudah biasa kita baca dalam novel-novel lain. Bagaimanapun plot ceritanya agak menarik dengan konflik cinta Anuar-Shahira, Azlisyam-Shahira dan Iskandar-Shahira. Klise bukan, seorang gadis diminati ramai jejaka, tanpa menyebut nama-nama lain yang turut menagih cintanya.
Gaya penulisan novel ini walaupun biasa tapi memancing rasa untuk terus membaca dan meneka penghujung cerita. Punya daya humor dan mampu memancing simpati.
Secara keseluruhan aku rasa aku menyukai novel ini dan menyukai watak Azlisyam dan Shahira yang diprojek dalam novel ini. Aku sebenarnya meramal dan lebih suka Shahira bersama Iskandar ;-). Namun ramalan ku itu tidak menjadi. Bagiku ini adalah satu contoh yang 'real', kerana cinta manusia akan jadi bodoh. Cuma aku agak pelik bila Shahira mengandung sebab pada bahagian awal dia dikatakan tidak boleh mengandung disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengandung yang pertama. Adakah aku terlepas apa-apa info atau penulis yang terlepas pandang? Yang kedua aku rasa pelik bila untuk kali kedua Shahira menerima lelaki pilihan ibunya tanpa mengetahui siapa lelaki itu. "once bitten twice shy" sepatutnya…
Rasaku : ***˝
Nota: sekali lagi aku kecewa kerana buku ini hilang 20+/- mukasurat :(
a: sekali lagi aku kecewa kerana buku ini hilang 20+/- mukasurat :(
Posted at 7/10/2005 12:13:09 pm by
antubuku