saint st patrick's day 2006

Novel Izzul Izzati







st patrick's day 2006







Bual Bicara
   

<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

saint patrick's day



Silalah singgah ke
  • Izzul Izzati
  • Bukan Itik Biasa


  • Free Web Counter
    hit Counter

    online

    Web Pages referring to this page
    Link to this page and get a link back!

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed

    Aug 24, 2007
    UlaSaN Ku*SeRu KaSiHmU

    Ulasan oleh : sEeMbAnG2 PaSaL bUkU

     

    Kuseru kasihmu (KSK) masih lagi berkisar tentang kisah cinta teruna-dara. Cuma kisah cinta hasil garapan Izzul Izzati ini terdapat sedikit kelainan. Percintaan rahsia antara kawan baik Afrina umpama kisah cinta keluarga 69 (ini bukan antara anak-bapak yea!!).  Tapi hakikatnya tak siapa yang tahu kecuali Afrina, dan itulah yang meletakkan Afrina dalam situasi yang sukar dan tersepit, yang akhirnya menjadikan dirinya dibenci oleh sahabatnya sendiri.

     

    Perkahwinan yang terjadi antara Afrina dan Hakimi menjadi titik tolak pada konflik yang berlaku. Walaupun rasa cinta telah lama bertunas buat Hakimi, namun tak siapa yang tahu kecuali Emilia – rakan baik & teman serumahnya.

     

    Membaca KSK, aku jadi benci pada Hakimi yang pada aku lelaki egois yang tak harus dikasihani. Hakimi menjadi manusia yang paling hipokrit dan pentingkan diri sendiri (sorry! aku benar2 menyampah pada Hakimi).

     

    Pada aku, KSK bukan sekadar kisah cinta, penulis berjaya menyelitkan watak2 sampingan yang menghidupkan suasana, yang cuba menceriakan hari2 suram Rina yang terbeban dengan masalah yang membelenggu hidupnya. Juga terselit konflik keluarga antara Afrina & keluarga terutama ibunya menjadikan aku jatuh simpati pada nasib dirinya.

     

    Aku suka dengan penamat cerita. Penulis berani keluar dari kebiasaan norma di mana hero mesti bersatu dengan heroin walau apapun dugaannya. Pada aku itu adalah hakikat kehidupan. Kita tidak mampu melawan takdir dan tak semua yang kita angan-angankan akan menjadi kenyataan. Adakalanya kita harus akur dengan takdir yang telah tertulis untuk kita.

     

    Usai membaca, aku seakan dapat merasai kebahagiaan yang mula melingkari hidup Afrina.

    Buat Izzul, SYABAS!

     

    Ulasan oleh : dunia-novel

    Kataku:

    ` Seperti kebanyakan novel yang berada di pasaran, Ku Seru Kasihmu (KSK) juga tidak lari dari membicarakan soal cinta. Namun begitu, KSK agak berbeza dari novel tema cinta yang lain kerana KSK lebih menumpukan kepada hubungan persahabatan, serta pengorbanan seorang teman terhadap teman yang lain.

    ` Cara Izzul Izzati mengolah KSK benar-benar membuatkan KSK hidup. Tatkala membaca KSK, aku jadi simpati pada Afrina yang terlalu beralah ketika berhadapan dengan Hakimi tetapi dalam masa yang sama, aku geram dengan Afrina kerana sentiasa mengalah dan terlalu ingin menjaga hati orang lain tanpa memikirkan hati sendiri. Aku juga geram terhadap pada Hakimi yang aku kira seorang lelaki yang pengecut…marah dan menyampah dengan sikap Natasha yang pentingkan diri sendiri…aku rasa Izzul Izzati berjaya menghidupkan ketiga-tiga watak tersebut yang aku pasti mereka adalah watak utama dalam KSK.

    ` Keseluruhan jalan cerita, aku berpuas hati walaupun pada mulanya aku agak terkilan kerana endingnya tak sama dengan apa yang aku kehendaki tapi bila difikirkan semula…itulah kenyataan dalam kehidupan kita. Bukan semua yang kita harapkan akan kita dapat...kita juga kena akur bahawa setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Pencipta begitu juga dengan jodoh. Kalau sudah ditakdirkan bahawa lelaki/perempuan itu bukan jodoh kita, apa cara yang kita buat untuk dapatkannya pun tak akan jadi sebab itu bukan jodoh kita tapi kalau sudah ditetapkan bahawa itu adalah jodoh kita, apa juga yang kita buat untuk elakkannya atau kita tidak berbuat apa-apa tentangnya, ia tetap akan terjadi kerana memang jodoh kita.

    ` Kesimpulannya, KSK bukan sekadar sebuah novel cinta biasa tetapi ia juga diterapkan dengan nilai-nilai persahabatan dan kekeluargaan. Di saat-saat kita ditimpa musibah, pastinya keluarga yang akan membantu jadi jangan sesekali kita mengabaikan keluarga dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Persabahatan juga penting kerana mungkin ada ketikanya kita memerlukan seorang teman atau sahabat untuk kita meluahkan perkara yang mungkin tidak boleh diluahkan kepada keluarga namun janganlah sampai persahabatan kita itu menyusahkan kita sendiri..jangan terlalu mudah untuk berkorban demi sebuah persahabatan kerana tidak semua pengorbanan itu dihargai.

    ` Tahniah untuk Izzul Izzati. Semoga Ku Seru Kasihmu akan menjadi 'best-seller' seperti mana novel pertama beliau Bukan Cinta Biasa. Teruskan menulis dan jadikan komen ini sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan novel yang terbaik.

     

    P/S  Izzul mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ulasan wan dan adhan ini. TQVM! Insya-Allah Izzul akan jadikan komen yang diberi sebagai pembakar semangat dan memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam karya izzul yang akan datang. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain yang banyak menyokong izzul. TQVM! Smile

     

    Ulasan Ku Seru Kasihmu oleh Ulas -Kupas

     

    Ulasan:

    Mulanya saya rasa berat untuk membaca novel setebal ini, apa lagi Ku Seru Kasihmu dengan jelas dan tanpa selindung membawakan tema cinta. Walau bagaimanapun, saya dapati sukar untuk meletakkan novel ini tatkala mula dibaca. Ya, memang ini kisah cinta lara orang muda, tetapi saya tertarik dengan cara kisah ini digarap oleh penulis.

    Pembaca akan bersimpati dengan watak Afrina dan dilema serta masalah yang dihadapinya. Pembaca juga akan marah dengan watak Hakimi yang ego tetapi penakut untuk berhadapan dengan realiti. Pembaca turut akan rasa menyampah dengan watak Natasha yang banyak berahsia dan pentingkan diri. Dan pembaca akan terhibur dek gelagat watak-watak pembantu seperti Emilia, Kak Noor, Johar dan Hanum. Inilah aset yang dimiliki di dalam pengkisahan Ku Seru Kasihmu. Watak-wataknya diperkenalkan dan dibangunkan dengan baik oleh penulis sehingga pembaca akan terasa seperti menyaksikan sendiri kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan kekecewaan watak-watak kisah ini.

    Dari segi jalan cerita, saya dapati ianya berjaya membuatkan saya terus membaca dari awal hingga akhir. Malah, "musibah" yang disebut di dalam sinopsis novel ini adalah sesuatu yang tidak saya jangkakan sama sekali. Bagi saya, walaupun "musibah" ini hanya berlaku di dalam Bab 15, ianya menjadi teras dan penggerak utama kisah Ku Seru Kasihmu kerana segala-galanya bertitik tolak dari sini.

    Akhiran kisah ini bagi saya adalah akhiran yang menggembirakan. Nyata Izzul Izzati tidak meninggalkan sebarang plot tergantung. Semua konflik dan permasalahan di dalam Ku Seru Kasihmu diberikan kesudahan yang kejap. Sama ada ianya akhiran yang dikehendaki oleh pembaca, itu terpulang kepada penilaian masing-masing. Bagi saya secara peribadi, akhiran kisah ini memberikan kepuasan kerana diulit dengan nilai-nilai kekeluargaan, silaturrahim dan kemaafan.

    Novel Ku Seru Kasihmu ini membawakan identiti Kaki Novel Enterprise. Kulit novel terbitan Kaki Novel Enterprise nampaknya membawakan imej tersendiri yang lain daripada penerbit-penerbit yang lain. Saya kira ini strategi yang baik untuk menarik perhatian pembeli novel.

    Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya titipkan di sini. Ada di antaranya berupa teguran dan ada berupa cadangan penambahbaikan. Pertama, saya dapati saiz aksara atau mata fon yang digunakan terlalu kecil untuk saya. Saya faham andai mata fon yang lebih besar digunakan, ini akan menambah jumlah halaman dan seterusnya kos penerbitan. Namun saya harap pihak penerbit dapat juga mengambil kira pembaca yang rabun dekat dan mempunyai masalah astigmatisme.

    Perkara kedua yang saya cukup terganggu adalah terdapat terlalu banyak kesilapan nahu dan penggunaan tanda bahasa. Paling ketara adalah penggunaan imbuhan "di" dan "ke" yang dijarakkan apabila digabungkan dengan kata kerja. Sepatutnya imbuhan "di" dan "ke" didekatkan apabila digunakan bersama kata kerja. Kesilapan ini berlaku dari awal hingga akhir novel ini. Kesilapan ketara yang kedua adalah ayat yang diakhiri dengan tanda koma dan bukannya tanda noktah. Ini berlaku terutamanya pada ayat dialog yang menggunakan tanda pembuka dan penutup kata. Sepatutnya jika tidak ada apa-apa ayat di akhir penutup kata, ayat dialog itu ditutup dengan tanda noktah dan bukannya tanda koma. Saya tidak pasti kenapa kesilapan-kesilapan yang begitu asas ini boleh berlaku. Saya tidak salahkan penulis sepenuhnya, cuma saya harap proses penyuntingan dan pembacaan pruf dapat dilakukan dengan lebih teliti untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan asas seperti ini daripada berlaku dan mencacatkan kisah yang diceritakan.

    Perkara ketiga adalah mengenai kronologi kisah ini. Pada hemat saya, Bab 62 seperti tidak kena pada tempatnya. Pertemuan di antara Haliza dengan Azlan berlaku semasa Afrina berada di Johor. Ini agak janggal kerana di Bab 61, Afrina telah pulang dari Johor. Saya merasakan Bab 62 sepatutnya diletakkan sebelum Bab 61 untuk menjadikan kronologi kisah ini lebih licin.

    Walau bagaimanapun, saya memang terhibur dengan Ku Seru Kasihmu, malah Bab 69 sehingga bab terakhir iaitu Bab 75 benar-benar menyentuh hati. Saya tidak terperanjat andai novel ini menjadi bestseller.


    Penilaian: 3.5 bintang


    Posted at 09:23 am by Izzul
    Make a comment  

    Jul 11, 2007
    KaD JeMpUtAn

     

    p/s Kepada kawan-kawan yang telah mendaftar, izzul ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengedar kad jemputan seperti mana yang telah dijanjikan. Sad Bagaimanapun izzul berharap kawan-kawan yang telah mendaftar tidak lupa untuk dapatkan kad jemputan di meja pendaftaran nanti. Kita jumpa di sana ya! Insya-Allah.

    salam sayang

    izzul izzati 


    Posted at 11:54 am by Izzul
    Make a comment  

    Jun 12, 2007
    CoVeR PeNuH

    Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan......Kaulah kekasih hingga ke akhirnya.

     

                Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya.

    Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka.

    Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata.

    Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga dan sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan? Hati siapa pula yang perlu dijaga?

     .

    Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi? Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya….mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.

     

    Harap maaf, ada sedikit perubahan pada blurp novel KUSERU KASIHMU


    Posted at 03:02 pm by Izzul
    Make a comment  

    Jun 1, 2007
    NoVeL tErBaRu iZzUl iZzAtI

    Alhamdulillah novel terbaru izzul bakal berada di pasaran pertengahan bulan Jun nanti. Insya-Allah.


    Posted at 03:27 pm by Izzul
    Make a comment  

    Sep 29, 2006
    Info Terkini

    "Bukan Cinta Biasa"..Novel Bersiri Dalam Majalah I Remaja
    Bermula Oktober 2006, novel "Bukan Cinta Biasa" nukilan Izzul Izzati terbitan Kaki Novel Enterprise akan diterbitkan menjadi novel bersiri dalam majalah kesukaan ramai golongan remaja tempatan, I Remaja, sebuah majalah terbitan Berita Publishing. Kaki Novel mengucapkan ribuan terima kasih kepada Berita Publishing kerana sudi memberikan kerjasama sehingga novel "Bukan Cinta Biasa" berjaya diterbitkan bersiri di dalam majalah tersebut dan membolehkan ramai pembaca I Remaja membacanya.

     

    untuk maklumat seterusnya lawatilah website kakinovel interprise

     


    Posted at 09:47 am by Izzul
    Make a comment  

    Mar 24, 2006
    komen Antubuku

    Bukan cinta biasa dihidangkan dengan bahasa yang santai dan biasa-biasa.  Ceritanya bergerak mengikut 'flow' dari satu episode ke satu episode.

     

    Cerita yang dipaparkan juga sudah biasa kita baca dalam novel-novel lain.  Bagaimanapun plot ceritanya agak menarik dengan konflik cinta Anuar-Shahira, Azlisyam-Shahira dan Iskandar-Shahira.  Klise bukan, seorang gadis diminati ramai jejaka, tanpa menyebut nama-nama lain yang turut menagih cintanya. 

    Gaya penulisan novel ini walaupun biasa tapi memancing rasa untuk terus membaca dan meneka penghujung cerita.  Punya daya humor dan mampu memancing simpati.

     

    Secara keseluruhan aku rasa aku menyukai novel ini dan menyukai watak Azlisyam dan Shahira yang diprojek dalam novel ini.  Aku sebenarnya meramal dan lebih suka Shahira bersama Iskandar ;-).  Namun ramalan ku itu tidak menjadi.  Bagiku ini adalah satu contoh yang 'real', kera

    Bukan cinta biasa dihidangkan dengan bahasa yang santai dan biasa-biasa.  Ceritanya bergerak mengikut 'flow' dari satu episode ke satu episode.

     

    Cerita yang dipaparkan juga sudah biasa kita baca dalam novel-novel lain.  Bagaimanapun plot ceritanya agak menarik dengan konflik cinta Anuar-Shahira, Azlisyam-Shahira dan Iskandar-Shahira.  Klise bukan, seorang gadis diminati ramai jejaka, tanpa menyebut nama-nama lain yang turut menagih cintanya. 

    Gaya penulisan novel ini walaupun biasa tapi memancing rasa untuk terus membaca dan meneka penghujung cerita.  Punya daya humor dan mampu memancing simpati.

     

    Secara keseluruhan aku rasa aku menyukai novel ini dan menyukai watak Azlisyam dan Shahira yang diprojek dalam novel ini.  Aku sebenarnya meramal dan lebih suka Shahira bersama Iskandar ;-).  Namun ramalan ku itu tidak menjadi.  Bagiku ini adalah satu contoh yang 'real', kerana cinta manusia akan jadi bodoh.  Cuma aku agak pelik bila Shahira mengandung sebab pada bahagian awal dia dikatakan tidak boleh mengandung disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengandung yang pertama. Adakah aku terlepas apa-apa info atau penulis yang terlepas pandang?  Yang kedua aku rasa pelik bila untuk kali kedua Shahira menerima lelaki pilihan ibunya tanpa mengetahui siapa lelaki itu. "once bitten twice shy" sepatutnya…

     

    Rasaku : ***˝


    Nota: sekali lagi aku kecewa kerana buku ini hilang  20+/- mukasurat  :(

    a: sekali lagi aku kecewa kerana buku ini hilang  20+/- mukasurat  :(

    Posted at 7/10/2005 12:13:09 pm by antubuku

    Posted at 08:46 am by Izzul
    Comments (2)  

    Mar 22, 2006
    komen Carriekirana

    Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati



    "Meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang....dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya .."


    Bukan Cinta Biasa, tajuk novel yang diambil dari lagu kegemaran saya ini diwar-warkan sebagai salah satu novel popular untuk tahun ini. Bukan Cinta Biasa sebenarnya memaparkan sebuah kisah cinta "biasa" di kampus. Dalam kisah Bukan Cinta Biasa, Shahira digambarkan wataknya sebagai seorang gadis yang memiliki daya tarikan yang kuat di kalangan pelajar lelaki di kampus. Disebabkan personaliti menariknya, Shahira menjadi gilaan ramai jejaka di kampus dan pada masa yang sama, dia juga terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan fitnah kaum sejenisnya.

    Shahira menjalin persahabatan yang erat dengan Anuar, kawan semenjak di sekolah berasrama penuh beserta Diana dan Rafizi. Empat sekawan sejak di MRSM ini semakin rapat ketika mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Anuar, Diana dan Rafizi banyak memainkan peranan dalam menggerakkan plot cerita Bukan Cinta Biasa. Bibit-bibit pertemuan di antara Shahira dan Azlisyam bermula dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Pada masa yang sama juga, Nizam dan En. Iskandar juga mencuba nasib untuk menagih sekeping hati Shahira.

    Kekuatan novel ini terletak kepada gaya penulisan Izzul Izzati yang bersahaja dan mencuit hati. Watak-watak yang dibangunkan dalam novel ini hampir realistik , mempunyai kekurangan seperti manusia biasa dalam dunia realiti dan tidak hanya bergantung kepada acuan "terlalu sempurna " yang dibentuk dari imaginasi penulis. Walaupun ini merupakan hasil sulung Izzul Izzati, tapi tulisannya mampu menarik saya menyelami isi hati Shahira. Izzul mempunyai resipinya tersendiri untuk menarik pembaca supaya terus mengikuti kesudahan kisah  "bukan cinta biasa". Kematangan fikirannya dalam mengolah cerita ini terserlah walaupun bahasa yang digunakan ringkas. Plotnya juga kukuh dan memudahkan pembaca mengikuti setiap insiden yang berlaku.

    Pada pandangan peribadi saya, Bukan Cinta Biasa ini lebih mencoretkan kisah cinta Anuar yang tidak bertepi terhadap Shahira. Sedikit sebanyak saya rasa terusik juga dengan ketulusan cinta Anuar yang melangkaui garisan persahabatan yang dibina sekian lama. Saya rasa, inilah intipati cerita " bukan cinta biasa" ini.

    Namun, beberapa kesilapan "typo" dan suntingan yang kurang kemas di beberapa bahagian ini agak menyakitkan mata saya juga meskipun tidak mencacatkan mood saya untuk menghabiskan Bukan Cinta Biasa. Penerbit-penerbit novel yang baru tumbuh seperti cendawan sejak kebelakangan ini harus belajar lebih banyak dari Creative Enterprise dan Alaf 21 dalam memastikan novel-novel keluaran mereka tidak mengandungi kesilapan ejaan dan sebagainya. Kualiti sesebuah novel bukan hanya terletak pada kreativiti penulis, plot cerita tapi juga suntingan yang kemas dan bebas dari sebarang kesilapan.

    Izzul Izzati mempunyai potensi besar untuk bergerak jauh dalam bidang penulisan kreatif, jika dia mengekalkan sentuhannya yang mampu membuatkan sebuah kisah cinta biasa menjadi sebuah kisah cinta yang "bukan biasa". Saya puas hati dengan novel ini. Ada kelainan.

    Rating: ***1/2 ( Best - Berbaloi dijadikan koleksi peribadi)


    "Mengapa mesti merindu sedangkan dia sedang berbahagia? Mengapa mesti mengingati sedangkan dia telah dilontar jauh dari ingatan?"

    "Menerima orang yang benar-benar mencintai diri kita mungkin akan membuahkan perasaan bahagia.."

    Posted at 04:27 pm by carriekirana

    Posted at 11:20 am by Izzul
    Make a comment  

    Mar 10, 2006
    BUKAN CINTA BIASA

     

    Sifat Sabar dan beralah yang dimilki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan.  Seboleh-bolehnya dia tidak mau menyakiti apa tah lagi mengecewakan insan yang mengharap.  Namun Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa.  Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar Sejak dibangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya.  Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama.  Namun beitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan keluarganya.  Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendamkan perasaan kecewa.

     

    Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka.  Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira.  Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya.  Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain.  Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.  Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar.  Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.  Anuar yang kecewa tetap setiap menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung.  Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

     

    Takdir dan suratan Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang.  Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumah tangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba?  Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya?  Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

     


    Posted at 11:42 am by Izzul
    Comments (2)  

    SELAMAT DATANG

    Selamat Datang kepada sesiapa yang sudi datang menyinggah ke blog novel izzulizzati ini. Entri yang terbaru masih belum sempat dimasukkan lagi. Namun setiap entri adalah berkaitan dengan novel izzul yang sudah diterbitkan (macamlah banyak) dan juga progres novel izzul yang akan datang. Komen dan sokongan dari anda semua amat izzul harapkan untuk izzul terus berkarya. insya-Allah.


    Posted at 09:20 am by Izzul
    Make a comment  


    Bigoo.ws All for your blog